Adsense Dari Segi Hukum Syarak

Assalamualaikum WBRT dan Salam Sejahtera kepada rakan2 semua...

Baru2 ini saya mengajukan persoalan mengenai program Google Adsense kepada Jabatan Mufti Negeri Perak:

Berikut ialah email yang saya maksudkan:Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan kepada Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan, YBhg Dato' Seri Dr. Haji Harussani Haji Zakaria atau wakil tuan Mufti diatas kesudian membaca email ini.

Apakah hukum disisi agama terhadap program menjana pendapatan sampingan yang terkini di Internet iaitu program Google Adsense.

Katakan saya membina sebuah laman web yang membincangkan mengenai komputer dan seterusnya meletakkan Google Adsense. Adakah kita boleh menganggap pendapatan yang diperolehi daripada program ini halal, sedangkan kita tidak mendapat kepastian mengenai perniagaan keseluruhan (pelaburan dll) syarikat yang akan membayar pada Google dan kita?

Segala penjelasan pihak tuan Mufti saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih dan rasa kesyukuran kepada Allah SWT.Sekian. Wasalam.Dan seterusnya jawapan kepada kemusykilan tersebut:

Tuan,Adalah saya dengan hormatnya merujuk e-mail tuan yang bertarikh 10 Jun 2006 mengenai pekara diatas.D
idalam e-mail tuan ada menyatakan :Kita tidak mendapat kepastian mengenai perniagaan keseluruhan(pelaburan dll) syarikat yang akan membayar pada Google dan kita?.

Sehubungan itu mengikut kaedah syarak ada menyatakan (tinggalkan perkara yang meragukan kepada perkara yang tidak meragukan) dan ketidakpastian berlaku di dalam urusniaga berkenaan (gharar).

Maka dinasihatkan tuan supaya tidak memasuki program berkenaan.

Sekian, terima kasih.Bhg. IstinbatUnit BuhuthJab. Mufti Negeri PerakDarul Ridzuan.

Saya sekadar ingin berkongsi kemusykilan ini bersama2 rakan2 forum dan bukannya bertujuan menganiya atau mencari kesalahan mana2 pihak. Segala yang baik hanyalah datang daripada Allah SWT dan yang buruk itu datang daripada saya sendiri. Sekian, wassalam.

Perbahasan lanjut di wangsiber.com

0 komentar: