Saya kini terlibat dengan MLMs HPA

Saya kini cuba mempelajari teknik MLMs(Syariah) HPA. Saya telah mengikuti kursus PBC di UNITEN. Alhamdulillah banyak benda baru yang dipelajari. Seorang usahawan kreatif, dia boleh mencipta peluang.

Editor
UsahawanKreatif

PANDUAN BIJAK MENGGUNAKAN INTERNET

PANDUAN BIJAK MENGGUNAKAN INTERNET

PERMASALAHAN

Rakyat Malaysia merupakan antara pengguna terbesar internet di Asia. Internet merupakan gedung ilmu pengetahuan yang begitu luas jika kita bijak menggunakannya.

Namun tanpa disedari, internet juga membawa masalah serius kepada pengguna. Internet juga dianggap ‘berhantu’ kepada sesetengah orang. Masalah serius ini berlaku khususnya kepada masa menggunakannya.

Sehingga tanpa disedari masa berjam-jam dihabiskan mengadap internet tanpa mendapat apa-apa manfaat. Ramai juga teperangkap dengan agenda-agenda pihak tertentu dalam melariskan jualan mereka.

OBJEKTIF

Memberi panduan kepada pengguna internet untuk menggunakan internet secara bijak.

Memberi langkah-langkah penting dalam memaksimumkan penggunaan.

Menetapkan disiplin-disiplin dalam penggunaan.

LANGKAH BIJAK MENGGUNAKAN INTERNET

Mulakan menggunakan intenet dengan BASMALLAH. Doa semoga anda mendapat apa yang anda kehendaki dan memohon perlindungan Allah SWT daripada apa-apa yang melalaikan.

Tetapkan senarai harian anda untuk menggunakan internet. Contohnya : check e-mail, baca akhbar Berita Harian, update blog, download sembang dengan rakan-rakan, friendster, melawat blog rakan-rakan dsbg.

Senarai lawatan anda hendaklah diteliiti kepentingannya.

Tetapkan keutamaan. Contoh 1. Baca akhbar (10 minit) 2. Check e-mail (5 minit) 3. Update blog (20 minit) 4. Download 7u6nasyid.

Letakkan anggaran masa bagi setiap aktiviti.

Jika anda ingin download file yang besar, jadikan download sebagai keutamaan.Mulakan dengan download dan anda boleh check email, update blog.

Tetapkan masa untuk menggunakan internet misalnya 1 jam.

Jangan sesekali menerewang ke sesawang lain yang tiada dalam senarai kecuali benar-benar terpaksa. Jika anda tidak berdisiplin, anda akan gagal mendapat apa yang anda inginkan.

Sentiasa melihat jam/masa yang masih tinggal.

Disiplinkan diri anda dengan hanya memberi masa tambahan dalam 15 minit jika ada matlamat belum selesai.

Buka hanya 1 hingga 3 view untuk internet. Semakin banyak view yang anda buka, semakin gagal mendapat apa yang dikehendaki.

Anda perlu mengawal internet, bukan internet yang mengawal anda!!!!

Akhirkan aktiviti dengan berdoa kepada Allah SWT mudah-mudahan bermanfaat kepada anda.

TIPS-TIPS MENCAPAI KEJAYAAN USAHAWAN

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Sesiapa yang menjadikan dunia sebagai kepentingan (utama)nya, nescaya Allah cerai-beraikan urusannya dan Allah jadikan kefakiran di antara kedua-dua matanya.

Dan tidak akan memperolehi apa-apa daripada dunia kecuali apa yang telah ditakdirkan untuknya.

Dan sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai niatnya, nescaya Allah menghimpunkan urusannya dan Allah menjadikan kekayaannya pada hatinya, dan dunia akan mendatanginya meskipun dalam keadaan terpaksa.

(Riwayat Ibn Majah dari Zaid Ibn Thabit)

Semalam saya mengambil kesempatan mendengar dialog antara Labanon dan Zhafran yang saya download daripada www.majalahim.com.

Saya secara peribadi kagum dengan Saudara Labanon yang baru berusia 18tahun tetapi telah menjana pendapatan 10k sebulan.

Antara isi penting interview tersebut ialah:

Untuk mecapai kejayaan kena ada mentor.

Luangkan masa untuk belajar bagaimana untuk berjaya

Kejayaan memerlukan pengorbanan

Untuk berjaya, wang bukanlah matlamat utama

Usaha dan berdoa (berserah kepada Allah) adalah terpenting

Segulung ijazah bukanlah semata-mata sumber rezeki anda.

Fokus kepada sesuatu usaha.

Kreatif melaksanakan gerak-kerja

Saya sendiri sebelum ini mula berminat dengan usahawan internet melalui info yang saya perolehi daripada seorang remaja berusia 15tahun.

UsahawanKreatif.com (InsyaAllah) akan cuba memaparkan strategi-strategi kejayaan usahawan Internet khususnya oleh Melayu Islam di Malaysia.

Editor UsahawanKreatif.com juga akan meneruskan misi UsahawanKreatif adalah usahawan yang bergantung secara mutlak kepada al-Khalik yang menjadikan kita seluruh manusia.

Yang paling penting luangkan sedikit waktu anda untuk belajar dan terus belajar. Jadikan Islam sebagai teras utama anda untuk memastikan pendapatan kita tetap halal dan thayyib(baik).

Salam usahawan

Editor UsahawanKreatif.Blogspot.Com

4/7/2008 bersamaan 1 Rajab 1428

Review Jana Pendapatan Dengan Nuffnang

Review Jana Pendapatan Dengan Nuffnang

June 23, 2008

Alhamdulillah, saudara kita Noorizam baru sahaja melancarkan satu panduan percuma iaitu Jana Pendapatan Dengan Nuffnang dan saya telah membaca keseluruhan panduan ringkas ini.

Seperti yang anda ketahui, walaupun terdapat ramai yang telah mempunyai akaun Nuffnang tetapi masih ramai lagi yang gagal untuk mendapatkan cek pertama dari pihak Nuffnang.

Saya akui, saya juga tidak terkecuali dan masih berusaha untuk mencukupkan kuota bagi mendapatkan cek pertama dari Nuffnang. Tetapi selepas membaca Panduan Jana Pendapatan Dengan Nuffnang oleh saudara Noorizam, saya yakin saya bakal memohon cek pertama saya dalam masa terdekat ini .

Noorizam telah menceritakan latar belakang Nuffnang dan juga panduan bagaimana untuk memohon, memilih iklan dan memasukkan iklan ke blog anda. Noorizam juga berkongsi beberapa tips yang berkesan berdasarkan pengalaman beliau sendiri.

Kebanyakan newbie melakukan kesilapan “setting” pada akaun Nuffnang. Di dalam panduan ini Noorizam telah menerangkan dengan lengkap punca kesilapan itu.

Satu kelemahan pada ebook ini ialah filenya agak besar dan mengambil masa yang lama untuk di download. Kenapa ya? Mungkin saudara Noorizam boleh memperbaiki masalah ini.

Bagi anda yang masih belum mendapatkan cek pertama dari pihak Nuffnang atau tidak tahu apa itu Nuffnang, anda boleh dapatkan report ini secara percuma dengan men”subscribe” mailing list di blog noorizamshah. Menarik untuk dibaca, ringkas, dan straight to the point.

Dapatkan segera - Download Ebook Jana Pendapatan Dengan Nuffnang.

Level Kesesuaian Ebook: Complete Newbie yang mahu menjana pendapatan dengan Nuffnang tanpa modal.

Saya kembali dengan template asal

Setelah 2 hari mengalami masalah dengan paparan yang terganggu, kini saya kembali menggunakan template deepblue untuk usahawankreatif.com ini. Berblog sudah menjadi separuh daripada aktiviti harian saya.

Sudah menjadi kemestian kepada bloggers untuk memastikan paparan blognya adalah yang terbaik dan smart. Saya cuba sedaya upaya untuk menjadikan blog usahawankreatif.com ini yang terbaik dan padat dengan maklumat untuk bacaan pembaca semua.

Keusahawanan Islam

Keusahawanan Islam

Keusahawanan Islam bukanlah satu cabang dalam pengajian keusahawanan. Terjadinya persembahan penulisan pengasingan keusahawanan Islam daripada yang lain, khususnya aliran pendapat dan perkembangan Barat, hanyalah kerana maksud penampilan perbezaan pendekatan dan penekanan. Bahagian ini akan membicarakan tajuk ini secara ringkas mengikut aliran pemikiran berikut ;

1. Kesepaduan

2. Fitrah insan

3. Dorongan

4. Ibadah

5. Kedudukan perniagaan dan usahawan

6. Sistem

7. Garis panduan

Contoh perlakuan

Kesepaduan

Konsep kesepaduan dalam Islam tidak pernah menganjurkan supaya apa jua yang dikaji dikeluarkan daripada kerangka agama lantaran agama adalah cara hidup. Apabila pemisahan dilakukan, kemajuan yang ditempa, walaupun rasional dan logic, akan menjadi semakin menyimpang dan semakin sukar dipertemukan semula.

Makan akan timbul sangkaan bahawa Islam itu tidak sesuai lagi dengan tuntutan reality semasa, jester akan didakwa bahawa Islam itu menentang kemajuan dan orang Islam tidak akan bersemarak sifat keusahawanannya.

Sebenarnya, bukan Islam yang tidak sesuai tetapi realitinya amalan semasa yang tidak sesuai dengan Islam. Lantas yang harus diubah bukan Islam tetapi reality semasa (adnan, 1993). Umpamanya, dikatakan bahawa Mukmin tidak boleh berniaga kalau tidak rasuah dan tidak akan mendapat untung kalau tidak menipu.

Kalau itu yang dikatakan budaya niaga, soalan yang harus ditanya ialah “budaya siapa?”. Yang harus diubah ialah budaya itu, atau kalau tidak berkeupayaan untuk mengubah, diperkenalkan budaya sendiri.

Masyarakat hari ini kononnya mencari jalan tengah dengan turut ‘mengubah’, tetapi yang diubah ialah perkataan rasuah menjadi pemberian ikhlas dan penipuan menjadi strategi/taktik! Tidak sedemikian halnya contoh Rasulullah SAW.

Disebut oleh Hamat (1992) bahawa di Madinah, Rasulullah membuka pasar SawqulMadinah(pasar madinah) sebagai tempat berhimpunnya pedagang Muslim, sekaligus sebagai saingan kepada pasar Yahudi bernama Qainuqa yang mengamalkan budaya niaga Yahudi yang diwarnai riba dan penipuan (atau taktik?). Akhirnya, pasar Islam yang berdisiplin dan jujur berupaya mengalahkan pasar Yahudi.

bersambung post akan datang

Jaminan Rezeki dan Tuntutan Untuk Bekerja

Allah SWT telah memberi jaminan rezeki kepada seluruh makhluk yang hidup di muka bumi. Allah SWT berfirnan:

Terjemahan : Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiamnya dan tempat penyimpanannya (akhirat).

(Surah Hud 11 : 6)

Allah SWT telah menjadikan anugerah kebaikan kepada manusia sebagai salah satu di antara tanda ketuhanan Allah Yang Maha Memelihara.

Terjemahan : Allah-lah yang menjadikan bumi bagi kamu tempat menetap dan langit sebagai atap, dan membentuk kamu lalu membaguskan rupamu serta memberi kamu rezeki dengan sebahagian yang baik-baik. Yang demikian itu adalah Allah Tuhanmu, Maha Agung Allah, Tuhan semesta alam.

(Surah Ghafir 40:64)

Anugerah kenikmatan yang dilimpahkan Allah kepada manusia itu juga merupakan bukti kemuliaan manusia di sisi Allah. Firman Allah SWT :

Terjemahan : Dan sesungguhnya Kami telah muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.

(Surah al-Isra’ 17:70)

Namun sunatullah dan kebijaksanaan-Nya menentukan bahawa rezeki yang dijamin oleh-Nya itu tidak dapat diperolehi kecuali dengan usaha dan kerja serta dengan cara menjelajahi muka bumi yang luas untuk mencari kurnia Allah SWT :

Terjemahan : Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nya lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.

(Surah al-Mulk 67:15)

Halal atau haram pendapatan melalui adsense

ru Merujuk kepada perbincangan di dalam wangsiber.net, berkaitan dengan pertanyaan kepada Mufti Perak berkaitan dengan halal atau haram pendapatan melalui adsense. Saya memohon semua bloggers yang aktif dalam menjana pendapatan melalui blog menggunakan adsense memberikan cirri-ciri penting adsense.Antara yang ingin saya tahu ialah :


1. Bagaimana konsep menjana pendapatan melalui adsense?
2. Hukum jual-beli dengan bukan Islam.
3. Konsep jual-beli/perniagaan dalam Islam.

Hari ini wajib ada pihak tertentu mengkaji secara terperinci agar pendapatan melalui adsense ini jelas halalnya. Mudah-mudahan ada pihak yang sudi mengkaji secara terperinci. Namun perbahasan megenainya boleh dirujuk di forum wangsiber.net.

Lihat Perbahasan di bawah :

Adsense Mengikut Hukum Syarak

Assalamualaikum WBRT dan Salam Sejahtera kepada rakan2 semua...
Baru2 ini saya mengajukan persoalan mengenai program Google Adsense kepada Jabatan Mufti Negeri Perak:

Berikut ialah email yang saya maksudkan:
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan kepada Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan, YBhg Dato' Seri Dr. Haji Harussani Haji Zakaria atau wakil tuan Mufti diatas kesudian membaca email ini.
Apakah hukum disisi agama terhadap program menjana pendapatan sampingan yang terkini di Internet iaitu program Google Adsense.
Katakan saya membina sebuah laman web yang membincangkan mengenai komputer dan seterusnya meletakkan Google Adsense.
Adakah kita boleh menganggap pendapatan yang diperolehi daripada program ini halal, sedangkan kita tidak mendapat kepastian mengenai perniagaan keseluruhan (pelaburan dll) syarikat yang akan membayar pada Google dan kita?
Segala penjelasan pihak tuan Mufti saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih dan rasa kesyukuran kepada Allah SWT.
Sekian. Wasalam.

Dan seterusnya jawapan kepada kemusykilan tersebut:

Tuan,
Adalah saya dengan hormatnya merujuk e-mail tuan yang bertarikh 10 Jun 2006 mengenai pekara diatas.
Didalam e-mail tuan ada menyatakan :Kita tidak mendapat kepastian mengenai perniagaan keseluruhan(pelaburan dll) syarikat yang akan membayar pada Google dan kita?.

Sehubungan itu mengikut kaedah syarak ada menyatakan (tinggalkan perkara yang meragukan kepada perkara yang tidak meragukan) dan ketidakpastian berlaku di dalam urusniaga berkenaan (gharar).Maka dinasihatkan tuan supaya tidak memasuki program berkenaan.
Sekian, terima kasih.

Bhg. Istinbat
Unit Buhuth
Jab. Mufti Negeri Perak
Darul Ridzuan.

Saya sekadar ingin berkongsi kemusykilan ini bersama2 rakan2 forum dan bukannya bertujuan menganiya atau mencari kesalahan mana2 pihak.

Segala yang baik hanyalah datang daripada Allah SWT dan yang buruk itu datang daripada saya sendiri. Sekian, wassalam.

Sifu-sifu blogbuat duit

Maaf buat pembaca-pembaca setia. Saya terpaksa menukar template kepada yang paling basic atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan. Kali ini saya mengambil inisiatif untuk membuat link mudah bagi pembaca semua menjenguk semua sifu-sifu blogbuat duit di Malaysia. Mereka semua adalah UsahawanKreatif yang patut dicontohi. Sila ke ruang sebelah kiri untuk melawat blog mereka.