Saya kini terlibat dengan MLMs HPA

Saya kini cuba mempelajari teknik MLMs(Syariah) HPA. Saya telah mengikuti kursus PBC di UNITEN. Alhamdulillah banyak benda baru yang dipelajari. Seorang usahawan kreatif, dia boleh mencipta peluang.

Editor
UsahawanKreatif

PANDUAN BIJAK MENGGUNAKAN INTERNET

PANDUAN BIJAK MENGGUNAKAN INTERNET

PERMASALAHAN

Rakyat Malaysia merupakan antara pengguna terbesar internet di Asia. Internet merupakan gedung ilmu pengetahuan yang begitu luas jika kita bijak menggunakannya.

Namun tanpa disedari, internet juga membawa masalah serius kepada pengguna. Internet juga dianggap ‘berhantu’ kepada sesetengah orang. Masalah serius ini berlaku khususnya kepada masa menggunakannya.

Sehingga tanpa disedari masa berjam-jam dihabiskan mengadap internet tanpa mendapat apa-apa manfaat. Ramai juga teperangkap dengan agenda-agenda pihak tertentu dalam melariskan jualan mereka.

OBJEKTIF

Memberi panduan kepada pengguna internet untuk menggunakan internet secara bijak.

Memberi langkah-langkah penting dalam memaksimumkan penggunaan.

Menetapkan disiplin-disiplin dalam penggunaan.

LANGKAH BIJAK MENGGUNAKAN INTERNET

Mulakan menggunakan intenet dengan BASMALLAH. Doa semoga anda mendapat apa yang anda kehendaki dan memohon perlindungan Allah SWT daripada apa-apa yang melalaikan.

Tetapkan senarai harian anda untuk menggunakan internet. Contohnya : check e-mail, baca akhbar Berita Harian, update blog, download sembang dengan rakan-rakan, friendster, melawat blog rakan-rakan dsbg.

Senarai lawatan anda hendaklah diteliiti kepentingannya.

Tetapkan keutamaan. Contoh 1. Baca akhbar (10 minit) 2. Check e-mail (5 minit) 3. Update blog (20 minit) 4. Download 7u6nasyid.

Letakkan anggaran masa bagi setiap aktiviti.

Jika anda ingin download file yang besar, jadikan download sebagai keutamaan.Mulakan dengan download dan anda boleh check email, update blog.

Tetapkan masa untuk menggunakan internet misalnya 1 jam.

Jangan sesekali menerewang ke sesawang lain yang tiada dalam senarai kecuali benar-benar terpaksa. Jika anda tidak berdisiplin, anda akan gagal mendapat apa yang anda inginkan.

Sentiasa melihat jam/masa yang masih tinggal.

Disiplinkan diri anda dengan hanya memberi masa tambahan dalam 15 minit jika ada matlamat belum selesai.

Buka hanya 1 hingga 3 view untuk internet. Semakin banyak view yang anda buka, semakin gagal mendapat apa yang dikehendaki.

Anda perlu mengawal internet, bukan internet yang mengawal anda!!!!

Akhirkan aktiviti dengan berdoa kepada Allah SWT mudah-mudahan bermanfaat kepada anda.

TIPS-TIPS MENCAPAI KEJAYAAN USAHAWAN

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Sesiapa yang menjadikan dunia sebagai kepentingan (utama)nya, nescaya Allah cerai-beraikan urusannya dan Allah jadikan kefakiran di antara kedua-dua matanya.

Dan tidak akan memperolehi apa-apa daripada dunia kecuali apa yang telah ditakdirkan untuknya.

Dan sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai niatnya, nescaya Allah menghimpunkan urusannya dan Allah menjadikan kekayaannya pada hatinya, dan dunia akan mendatanginya meskipun dalam keadaan terpaksa.

(Riwayat Ibn Majah dari Zaid Ibn Thabit)

Semalam saya mengambil kesempatan mendengar dialog antara Labanon dan Zhafran yang saya download daripada www.majalahim.com.

Saya secara peribadi kagum dengan Saudara Labanon yang baru berusia 18tahun tetapi telah menjana pendapatan 10k sebulan.

Antara isi penting interview tersebut ialah:

Untuk mecapai kejayaan kena ada mentor.

Luangkan masa untuk belajar bagaimana untuk berjaya

Kejayaan memerlukan pengorbanan

Untuk berjaya, wang bukanlah matlamat utama

Usaha dan berdoa (berserah kepada Allah) adalah terpenting

Segulung ijazah bukanlah semata-mata sumber rezeki anda.

Fokus kepada sesuatu usaha.

Kreatif melaksanakan gerak-kerja

Saya sendiri sebelum ini mula berminat dengan usahawan internet melalui info yang saya perolehi daripada seorang remaja berusia 15tahun.

UsahawanKreatif.com (InsyaAllah) akan cuba memaparkan strategi-strategi kejayaan usahawan Internet khususnya oleh Melayu Islam di Malaysia.

Editor UsahawanKreatif.com juga akan meneruskan misi UsahawanKreatif adalah usahawan yang bergantung secara mutlak kepada al-Khalik yang menjadikan kita seluruh manusia.

Yang paling penting luangkan sedikit waktu anda untuk belajar dan terus belajar. Jadikan Islam sebagai teras utama anda untuk memastikan pendapatan kita tetap halal dan thayyib(baik).

Salam usahawan

Editor UsahawanKreatif.Blogspot.Com

4/7/2008 bersamaan 1 Rajab 1428