Bidvertiser, Alternatif Kepada Adsense

Google Adsense adalah antara program pengiklanan online yang terkenal di dunia internet bagi menjana pendapatan sampingan dan kadangkala tetap kepada ramai blogger dan pengusaha laman web. Namun, tahukah anda disebalik kemewahan $100.00 yang dijanjikan pihak Google, hanya 55% daripada mereka yang menerima bayaran? Rata-rata kecundang sebelum sempat mendapatkan minimum payout. $100 bukanlah angka yang mudah dicapai oleh publisher kecil-kecilan.

Oleh kerana itu, lahirlah Bidvertiser. Ramai beranggapan Bidvertiser adalah saudara kembar Google Adsense dan ia adalah altenatif kepada Adsense, terutama kepada sesiapa yang sudah tersenarai di dalam banned list Google Adsense. Buat akaun yang baru adalah berisiko dan perkataan banned sememangnya suatu mimpi ngeri. Namun, di Bidvertiser, semuanya berlawanan. Malahan, Google membenarkan anda meletakkan Bidvertiser bersama Google Adsense di dalam page yang sama.

Bidvertiser menawarkan minimum payout yang rendah, hanya $10 bagi setiap payout dan boleh dihantar terus melalui Paypal. Malahan, jika anda mempunyai minimum payout $50, anda boleh meminta pihak Bidvertiser menghantar cek. Ini adalah perkara penting yang mendorong Bidvertiser menjadi antara program pengiklanan online yang terkenal di dunia, menduduki top 5 di dalam program pengiklanan online di internet.

Perkataan banned yang memang menakutkan diterjemahkan Bidvertiser dengan langkah yang lebih berhemah. Masakan tidak, jika anda terbuat sesuatu masalah termasuk fraud click (atau sengaja buat), Bidvertiser memberi pendekatan lembut dengan tidak terus banned anda tetapi akan memberi notifikasi dan akan mengabaikan sebarang klik dari ip yang disyaki serta menolak jumlah payment yang anda terima dari fraud klik berkenaan.

Referral program Bidvertiser adalah antara yang terbaik. Ini kerana bagi setiap publisher yang mendaftarkan diri di bawah anda dan berjaya mendapat sekurang-kurangnya minimum payout $10, anda turut menikmati pembayaran yang sama. Keberkesanan referral program ini sangat bagus sehingga John Chow sendiri meletakkan banner referral di blog nya.

Banyak lagi kelebihan Bidvertiser yang akan diungkaikan bersama-sama 11 teknik berkesan bagaimana meningkatkan nilai CPC iklan Bidvertiser serta meningkatkan minimum payout anda di dalam e-book terbaru Raja Bidvertiser. Raja Bidvertiser adalah satu-satunya e-book teknikal optimization dalam bahasa melayu berkaitan Bidvertiser dan adalah yang pertama di dunia internet. Isinya adalah hasil kajian intensif selama 5 bulan dan hasil usahasama bersama Bidvertiser sendiri. Anda boleh lawati http://www.rajabidvertiser.com untuk maklumat lanjut.

0 komentar: