Membina Trafik Dengan 7 Langkah Mudah











Anda mempunyai blog baru dan telah memasukkan plugin-plugin yang penting. Anda juga teleh memilih tema yang anda suka daripada beratus-ratus template percuma. Langkah seterusnya? Membawa trafik ke blog anda? Salah!. Langkah seturusnya adalah memasukkan entry atau post.

Setelah anda setup blog baru anda, amatlah penting untuk memasukan sekurang-kurangnya 10 Artikel Asas. Kenapa saya berkata demikian? Sebelum kita teruskan ke langkah-langkah seterusnya, jawab soalan ini dahulu. Mahukah anda melawat blog yang kosong tanpa sebarang isi kandungan? Langkah pertama telah diberikan.

6 langkah seterusnya untuk membawa trafik dengan mudah adalah seperti berikut.
1. Ping Servis Blog. - Selepas anda mengemaskini blog baru anda dengan Artikel Asas, ping kan Penyedia Perkhidmatan Ping untuk memaklumkan kepada mereka blog baru anda baru sahaja di kemaskini. Perkhidmatan ini di reka khusus untuk menjejak dan menghubungkan blog antara satu sama lain. Salah satu Penyedia Perkhidmatan ping adalah Ping-O-Matic.

2. Optimasikan Post Anda untuk Engin Pencari - Teknik yang biasa digunakan untuk optimasikan isi kandungan adalah, memastikan tajuk utama anda mempunyai keyword utama yang anda mahu optimasikan. Isi kandungan anda mengandungi keyword yang anda optimasi dan juga pada anchor text terdiri daripada keyword yang anda mahukan.

3. Hantarkan Press Release - Kaedah ini sesuai untuk blog berbahasa Inggeris kerana di Malaysia, perkhidmatan PR online berbahasa Malaysia kurang. Walaubagaimanapun, ianya mampu membawa masuk jumlah traffik yang banyak.

4. Memasukkan link pada ruangan tandatangan (signiture) - Masukkan alamat url blog anda pada ruangan Signature dapat membantu membawa masuk trafik. Sertai forum yang anda minat atu berkaitan dengan niche anda. Beri maklumbalas pada soalan-soalan yang diutarakan di forum. Sertai perbincangan yang hangat dibincangkan pada forum. Ingatlah, jangan SPAM.
5. Bertukar link - Bertukar-tukar link dengan rakan atau blog yang berkaitan dengan blog anda. Jika anda tiada rakan, berkawan dengan pemilik blog yang lain. Setai perbincangan dengan memberikan komen yang membina.

6. Sertai MyBlogLog.com - Buka akaun dan pasangkan widget dan uploadkan gambar. Apabila anda melawat pemilik blog yang lain, gambar anda akan terpapar pada widget MyBlogLog. Peluang untuk mendapatkan pelawat dari widget ini amat tinggi.

7 langkah yang dinyatakan diatas telah membawa masuk trafik ke rammelfirdaus.com, Blog yang baru sahaja saya setup 2 bulan yang lepas. Langkah-langkah yang dinyatakan adalah cara yang termudah dan percuma untuk membawa masuk trafik sesuai untuk blog-blog yang baru.

=================
Rammel Firdaus Ramli berpengalaman dalam bidang grafik dan multimedia selama 8 tahun. Kini menumpukan perhatiannya dalam bidang peniagaan dan pemasaran internet. Baru-baru ini, beliau telah mendirikan sebuah blog baru beberapa bulan yang lepas, menjana trafik dari kosong dengan mengikuti 7 langkah mudah. Anda boleh mendapat 10 lagi tips menjana trafik dengan mudah di RammelFirdaus.com

0 komentar: