Penyakit Tersembunyi Usahawan Internet

Kerjaya sebagai seorang usahawan internet selalunya akan menjadikan rumah dan komputer sebagai pejabat peribadi mereka. Kerjaya ini dilakukan dengan berbekalkan sebuah komputer dan tanpa perlu keluar dari rumah amat menyenangkan.

Jangan sangka bekerja di bawah bumbung yang terlindung dari cahaya matahari dan sentiasa berhawa dingin bermakna anda akan sentiasa selamat. Tahukah anda bahawa di sebalik ruangan pejabat anda yang selalunya cantik dan tersusun kemas sebenarnya tersembunyi ancaman penyakit yang boleh membahayakan kesihatan?

Buat anda yang berkarier sebagai usahawan internet dan banyak menghabiskan masa di hadapan komputer, telitikan beberapa penyakit di bawah dan lihat samada anda berpotensi untuk mengidapnya atau tidak:

Batu karang

Sering berlaku kepada anda yang mencari info di internet atau idea datang mencurah-curah semasa menulis di blog akan abaikan apabila terasa mahu membuang air kecil. Selalunya mereka akan terus ke tandas apabila terasa benar-benar mahu menunaikan hajat tersebut tetapi ini boleh mengundang bahaya yang amat besar iaitu penyakit batu karang.

Gastrik

Gastrik berpunca dari tabiat pemakanan yang tidak teratur. Mungkin anda terlalu ‘excited’ dengan satu-satu projek untuk disiapkan sehingga mengabaikan makan dan minum. Kebanyakan mengganggap makan tidak teratur itu tidak mengapa asalkan hati menjadi puas dan akan mengambil makanan apabila betul-betul lapar.

Ini adalah satu perkara yang sering berlaku tanpa kita sedari dan boleh mengundang bahaya penyakit gastrik dan menjadikan kita tidak terurus dari segi pengurusan masa.

Gangguan penglihatan

Tumpuan mata ke arah komputer dalam tempoh yang lama sebenarnya mampu menjejaskan kesihatan mata. Penumpuan ke arah skrin komputer menyebabkan anda jarang mengerdip mata. Semakin kurang anda mengerdip mata maka semakin kering keadaan mata anda.

Keadaan mata yang kering berpanjangan juga boleh menyumbang kepada risiko kebutaan. Selain itu penumpuan terhadap komputer dalam jangka masa yang lama mungkin menyebabkan mata anda berair dan perlahan-lahan mata akan menjadi kabur. Ia dikenali ‘computer vision syndrome’.

Tanda anda mengalami masalah ini adalah sering sakit kepala, sukar menumpukan perhatian, terasa hendak muntah dan juga sakit perut. Elakkannya dengan merehat mata sejenak selepas setiap setengah jam anda berhadapan dengan skrin komputer. Alihkan pandangan anda pada satu sudut jauh dan dekat di luar jendela secara berulang kali, pandang pemandangan yang hijau dan sebagainya.

Stres atau tekanan

Bagi wanita yang berkarier sebagai usahawan internet sememangnya lebih berisiko untuk menghadapi stres. Urusan kerjaya anda, urusan rumah tangga dan anak-anak sering kali menyebabkan ramai wanita tertekan. Awasi jika anda sering sakit kepala, jantung berdegup kencang, sakit leher dan pelbagai simptom lagi.

Ini sebenarnya petanda anda dalam keadaan stres. Rentetan daripada stres yang dialami anda mungkin mengalami gangguan kesihatan dan menyebabkan penurunan prestasi kerjaya anda.

Sukar tidur

Ia adalah lanjutan daripada masalah stres yang anda alami. Sekiranya anda sukar untuk melelapkan mata selama lebih dua minggu bermakna anda mengalami insomnia. Kekurangan tidur menyebabkan anda sentiasa dalam keadaan letih dan tidak bermaya. Prestasi kerja anda juga makin menurun kerana tumpuan anda lemah selain daya tahan tubuh yang makin berkurang.

Oleh itu, tidurlah secukupnya iaitu sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam sehari.

Senaman

Adakah anda cepat berasa letih? Jika ya, ini bermakna anda perlu meneliti semula rutin harian anda. Anda perlu memperuntukkan masa untuk bersenam. Ini bermakna walaupun sesibuk mana pun rutin harian anda sebagai usahawan internet, anda tidak seharusnya lupa untuk bersenam.

Tidak bersenam bukan sahaja akan membuat kesihatan tubuh anda terganggu, malah ia mengurangkan seri pada kulit anda, sekaligus nampak tidak bermaya. Ini boleh mengurangkan prestasi anda daripada mendapatkan idea yang segar.

Jadi, luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk bersenam. Antara senaman senaman ringkas yang boleh anda amalkan ialah :

1. Menaiki tangga – sekiranya rumah anda atau tempat kediaman anda ada tangga, anda boleh lakukan ini secara berulang-ulang kali.

2. Skipping – ‘Skipping’ juga adalah antara senaman ringkas dan mudah yang boleh anda lakukan pada bila-bila masa sahaja. Anda hanya memerlukan seutas tali ‘skipping’ dan ruang yang mencukupi. Walaupun agak mudah tetapi manfaat yang bakal anda perolehi daripada ‘skipping’ hampir sama dengan jogging.

3. Berkebun atau mencuci kereta – ini adalah salah satu aktiviti riadah yang boleh menyihatkan badan anda. Kalau boleh amalkan aktiviti ini bersama keluarga.

4. Senamrobik – senamrobik adalah salah satu aktiviti kemasyarakatan yang telah diamalkan oleh rakyat Malaysia sekarang ini. Mulai sekarang apa kata cuba amalkan aktiviti ini sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Kesihatan anda adalah aset utama anda. Kekayaan harta benda tidak mempunyai makna sekiranya kesihatan anda terabai. ‘Kesihatan Asas Kehidupan’

================================

Penulis artikel, Mohd Rozmie (JimieRay) adalah pengasas Blog JagaKesihatan.com di http://tips.jagakesihatan.com. Dapatkan “tip, nasihat dan panduan kesihatan” secara percuma di blog tersebut setiap minggu. Beliau akan menerbitkan artikel di blog tersebut pada setiap hari Isnin dan Khamis. Dapatkan juga ebook secara percuma (panduan kesihatan) di http://www.jagakesihatan.com.

================================

Nota 1: Anda boleh mengambil artikel ini dengan syarat tidak membuang atau mengedit mana-mana bahagian di dalam artikel ini. Dan anda juga mesti meletak info mengenai penulis asal artikel ini.

Nota 2: Peluang untuk memenangi hadiah yang menarik dan lumayan. Dapatkan info selanjutnya di http://www.jagakesihatan.com.

0 komentar: