Menjana pendapatan daripada blog

Minggu lepas saya telah berjaya mengkaji sedikit sebanyak bagaimana untuk menjana pendapatan daripada blog.

Sebelum ini saya lebih menggemari menggunakan wordpress template sebagai tema untuk blog saya kerana temanya cantik dan menarik.

Walaubagaimanapun saya cuba untuk memberi perhatian kembali kepada blogger.com kerana ia boleh mendatangkan keuntungan.

Bagaimana anda ingin menjana pendapatan melalui blog?
1) pertama anda hendaklah mendaftar blog di blogger.com ataupun mana-mana blog yang percuma (jika anda tiada blog yang dibayar). Saya cadangkan blogger.com

2) Kemudian anda mendaftar dengan adsense google untuk menjana pendapatan. Sila klik
https://www.google.com/adsense untuk mendaftar akaun anda. Walaubagaimanapun pendaftaran anda mungkin akan terlewat sedikit untuk digunakan kerana pihak google akan menunggu untuk tujuan pengesahan anda. Jika anda berminat hendak tahu lebih lanjut sila melawat blog berikut :

http://www.rajaadsense.com/
http://www.7harimahiradsense.com/

3) Anda juga boleh mendaftar blog anda dengan nuffnang. Sila klik
http://www.nuffnang.com.my/ untuk mendaftar sebagai ahli nuffnang dan anda boleh mendapatkan source code untuk diletakkan dalam blog anda.

4) Saya baru mempelajari dua teknik untuk menjana pendapatan melalui blog.

Saya akan memaparkan berita-berita terkini bagaimana anda ingin menjana pendapatan melalui blog. Jadilah USAHAWAN KREATIF. Anda mampu!

Editor
UsahawanKreatif.Blogspot.COm
0197964780

0 komentar: