Keusahawanan Islam

Keusahawanan Islam

Keusahawanan Islam bukanlah satu cabang dalam pengajian keusahawanan. Terjadinya persembahan penulisan pengasingan keusahawanan Islam daripada yang lain, khususnya aliran pendapat dan perkembangan Barat, hanyalah kerana maksud penampilan perbezaan pendekatan dan penekanan. Bahagian ini akan membicarakan tajuk ini secara ringkas mengikut aliran pemikiran berikut ;

1. Kesepaduan

2. Fitrah insan

3. Dorongan

4. Ibadah

5. Kedudukan perniagaan dan usahawan

6. Sistem

7. Garis panduan

Contoh perlakuan

Kesepaduan

Konsep kesepaduan dalam Islam tidak pernah menganjurkan supaya apa jua yang dikaji dikeluarkan daripada kerangka agama lantaran agama adalah cara hidup. Apabila pemisahan dilakukan, kemajuan yang ditempa, walaupun rasional dan logic, akan menjadi semakin menyimpang dan semakin sukar dipertemukan semula.

Makan akan timbul sangkaan bahawa Islam itu tidak sesuai lagi dengan tuntutan reality semasa, jester akan didakwa bahawa Islam itu menentang kemajuan dan orang Islam tidak akan bersemarak sifat keusahawanannya.

Sebenarnya, bukan Islam yang tidak sesuai tetapi realitinya amalan semasa yang tidak sesuai dengan Islam. Lantas yang harus diubah bukan Islam tetapi reality semasa (adnan, 1993). Umpamanya, dikatakan bahawa Mukmin tidak boleh berniaga kalau tidak rasuah dan tidak akan mendapat untung kalau tidak menipu.

Kalau itu yang dikatakan budaya niaga, soalan yang harus ditanya ialah “budaya siapa?”. Yang harus diubah ialah budaya itu, atau kalau tidak berkeupayaan untuk mengubah, diperkenalkan budaya sendiri.

Masyarakat hari ini kononnya mencari jalan tengah dengan turut ‘mengubah’, tetapi yang diubah ialah perkataan rasuah menjadi pemberian ikhlas dan penipuan menjadi strategi/taktik! Tidak sedemikian halnya contoh Rasulullah SAW.

Disebut oleh Hamat (1992) bahawa di Madinah, Rasulullah membuka pasar SawqulMadinah(pasar madinah) sebagai tempat berhimpunnya pedagang Muslim, sekaligus sebagai saingan kepada pasar Yahudi bernama Qainuqa yang mengamalkan budaya niaga Yahudi yang diwarnai riba dan penipuan (atau taktik?). Akhirnya, pasar Islam yang berdisiplin dan jujur berupaya mengalahkan pasar Yahudi.

bersambung post akan datang

0 komentar: